Thursday, September 22, 2016

Mengapakah tuisyen itu perlu?

Asssalamualaikum & Salam Sejahtera

Mengapakah tuisyen itu perlu?
Secara amnya, tuisyen diperlukan bagi pelajar yang menghadapi kesukaran atau tertinggal dalam mata pelajaran tertentu. In mungkin disebabkan pelajar tidak minat belajar, sukar memahami sesuatu subjek dan tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian di dalam kelas sehingga pelajar berkenaan tertinggal dalam pelajaran.
Maka dalam keadaan inilah seseorang pelajar memerlukan tuisyen iaitu bimbingan tambahan.
Apakah perbezaan antara pembelajaran tuisyen dan sekolah?
Peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah.
Ramai salah anggap peranan tuisyen sama pembelajaran di sekolah. Peranan utama tuisyen adalah pelatihan (coaching), pelajar akan dilatih oleh guru tuisyen/tutor untuk menguasai pemahaman tentang sesuatu subjek di samping memberi latihan dan latih tubi (bergantung kepada jenis subjek).
Kami di Pusat Tuisyen Handal Legenda bersedia membantu anak anak anda untuk lebih cemerlang dalam pelajaran dengan pengajaran yang berorientasikan teknik menjaawab soalan peperiksaan.
Pusat Tuisyen Handal Lagenda
No.203-1, Jalan LP 7/2
Taman Lestari Perdana
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
011-16248225 ( Whatsup/call/sms)
03-9545 3489 ( Pejabat)
Waktu operasi: 3.00 petang - 10.00 malam

No comments:

Post a Comment