Wednesday, September 28, 2016

Kepentingan Keputusan UPSR Untuk Murid Tahun 6


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...

"Kenapa perlu dapat result yang hebat dalam UPSR?"
Inilah pertanyaan aku setiap kali berceramah.
"Dapat 6E,boleh masuk sekolah menengah. 6C boleh masuk sekolah menengah. 1A1B1C1D2E pun boleh masuk sekolah menengah. 6A yang gila-gila belajar tu pun, masuk sekolah menengah jugak.
Dah tu, kenapa perlu result yang bagus dalam UPSR?"
Terdiam budak-budak apabila diajukan soalan begini. Logik juga. UPSR ini useless sebenarnya. Ada atau tidak ada, berjaya atau gagal, pelajar tetap akan masuk ke sekolah menengah.
Ada jawapan yang menyangkal pertanyaan itu.
"Kita perlu dapat result cemerlang sebab nak masuk asrama penuh."
Lantas aku terus 'tebas' jawapan ini.
"Tahun 2015, daripada lebih kurang 456,000 pelajar ambil UPSR, ada 38,000 pelajar yang dapat 5A. Tempat untok asrama penuh di seluruh Malaysia tidak sampai pun 20,000 orang.
Dah dapat 5A penat-penat, tetapi harapan untok dapat asrama penuh tu tipis. Jadi, baik tak payah dapat 6A. Dapat result biasa-biasa, pergi sekolah harian, hidup pun senang kan?"
Semua pelajar akan saling berpandangan. Ah sudah. Betul juga apa yang Abang Farid ni kata.
Melihatkan sudut pandang mereka mula goyah, aku terus pintas dengan membuka slide presentation.
Pertama, gambar bekas pelajar cemerlang SPM dicium oleh ibunya.
Kedua, gambar bekas pelajar cemerlang UPSR dicium oleh ayahnya.
Kemudian, gambar-gambar ibu dan ayah masing-masing mencium anak yang mendapat keputusan hebat. Banyak yang aku paparkan. Sambil papar, sambil bercerita tentang latar belakang gambar tersebut.
"Adik-adik, berdasarkan gambar ini, apa yang kamu dapat?"
"Mak ayah gembira dengan keputusan anak dia." Jawab beberapa orang pelajar.
"Ya benar.
Hairan, kenapa kita perlu dapat 6A dalam peperiksaan. Padahal apa-apa keputusan pun, gagal ke berjaya ke, perjalanan hidup kita tetap sama, iaitu menerjah ke alam sekolah menengah. Sama. Semua sama.
Tetapi adik-adik, UPSR sebenarnya lebih daripada itu. Kalau kamu tak sedar, UPSR ini bukan berkisar tentang diri kamu. UPSR ini bukan untok kamu. Keputusan UPSR yang akan kamu dapat nanti bukan untok diri kamu.
Tetapi, tujuan kamu perlu mendapat keputusan yang terbaik di dalam UPSR adalah kerana inilah kali pertama untok kamu buktikan yang kamu mampu balas jasa ibu dan ayah kamu.
UPSR ini mungkin tak penting bagi kamu, tetapi ia penting untok ibu dan ayah kamu. Mereka nak lihat, 12 tahun mereka besarkan kamu, apakah yang mampu kamu bagi pada mereka?
UPSR ini penting untok mereka kerana inilah antara titik awal untok mereka berasa lega dengan masa depan kamu. Kamu tak jadi ibu bapa lagi. Kalau dah jadi, kamu akan tahu bertapa gentarnya rasa memikirkan tentang masa depan anak-anak.
Akhir sekali, UPSR ini penting bagi mereka kerana mereka mahu ianya menjadi kebanggaan keluarga.
Bayangkan apa yang akan terjadi selepas keputusan UPSR diumumkan pada November nanti. Orang akan bertanya, "Berapa A anak kau?" Alangkah bagusnya yang terpacul dari mulut ibu ayah kamu, sesuatu yang boleh dibanggakan.
Adik-adik,
Kita tak tahu kenapa kita perlu skor dalam UPSR. Sedangkan jawapannya mudah sahaja:
Kerana kita mahu membahagiakan ibu bapa kita.
Belajarlah dari awal untok membuat mereka tersenyum.
Kerana pada akhirnya, kita akan sedar, setiap perbuatan kita juga mahu membuat mereka gembira."
Ajak rakan rakan belajar bersama di Pusat Tuisyen HL. Diskaun sebanyak 50% yuran bulanan mengikut terma dan syarat pusat tuisyen. Pendaftaran kemasukan masih terbuka.
No.203-1, Jalan LP 7/2
Taman Lestari Perdana
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Sila Hubungi: 011-16248225
Pejabat : 03-9545 3489
Waktu Pejabat : 3.00 petang hingga 10.00 malam

No comments:

Post a Comment