Hye..
Assalamualaikum.
Pendaftaran kelas membaca bagi kanak-kanak berumur 5-6 tahun ki dibuka bagi sesi Julai 2017.
Amatlah dialu-alukan kepada para ibubapa yang ingin mendaftar anak untuk kelas membaca untuk segera menghubungi kami sementara masih ada kekosongan tempat.
Kami di PTHL adalah sangat menitik beratkan prestasi para pelajar.
Oleh hal yang demikian, kami meyediakan guru-guru yang sangat berpengalaman dalam mengajar dan mendidik anak-anak di peringkat awal kanak-kanak.
Kami akan sedaya mungkin membantu anak-anak tuan/puan agar segera mengenal huruf dan nombor bagi persediaan mereka untuk melangkah ke sekolah rendah kebangsaan.
Untuk pengetahuan ibubapa, persediaan ini adalah sangat penting kerana apabila anak-anak melangkah ke sekolah rendah, mereka akan ditempatkan di dalam kelas mengikut prestasi masing-masing. Adalah amat menyedihkan apabila anak-anak kita diletakkan di kelas yang paling hujung. Hal ini akan menjadikan anak-anak rasa mundur dan malu untuk belajar. Bukanlah kami ingin menjatuhkan anak-anak yang kurang pandai, tetapi niat kami adalah ingin membantu anak-anak supaya dapat mencapai prestasi yang terbaik di sekolah.
Hubungi kami di 01116248225 untuk keterangan lebih lanjut.
Terima kasih.